Archive for February, 2010

T.O.T MovE Dan Program MovE

Posted: February 28, 2010 by Wawasan UNITEN in Wawasan

Direction ke SMK Jelai <– klik sini utk panduan jalan

21 Feb yang lepas pihak pengurusan program MovE telah mengadakan Training of Trainers bagi fasilitator-fasilitator untuk program tersebut.. Kebanyakan fasilitator adalah fasilitator yang baru yang ingin menimba pengalaman sebenar selepas didedahkan dalam program AF baru-baru ini..

TOT bermula pada pukul 8 pagi..Bermula dengan minum pagi peserta mendaftar kehadiran mereka kepada ketua pengarah..Seramai lebih 35 peserta menyertai TOT ini untuk merebut 30 tempat yang disediakan..Mereka kemudian dibahagikan kepada empat kumpulan untuk dinilai oleh board2 MovE yang bertindak sebagai fasi serta juri..

Setiap peserta diberi peluang untuk menjadi fasilitator dan alhamdulillah semua peserta dapat melakukannya dengan baik..Walaupun masih ada kekurangan diharap meraka akan dapat memperbaikinya kelak kerana pengalaman akan mengajar mereka untuk lebih maju ke depan..

Seterusnya melalui TOT ini semua peserta diajar modul-modul yang akan digunakan semasa hari program MovE dilaksanakan..Program ini akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (Felda) Negeri Sembilan pada tarikh 5 hingga 7 march ini..

Saya sebagai wakil dari pihak Kelab Wawasan Uniten mengucapkan selamat maju jaya untuk semua yang terpilih untuk pergi ke program MovE ini..

Salam 1 Malaysia..

Memperkasa Bangsa, Menjunjung Agama, Menjulang Negara..

Futsal@Wawasan

Posted: February 22, 2010 by Wawasan UNITEN in Wawasan

7 februari lepas telah berlangsungnya futsal@Wawasan 2010 yang telah berlangsung di Sportsplanet Kajang(SPK).. Pertandingan ini bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara ahli kelab Wawasan itu sendiri..

Pertandingan bermula pada jam 11 pagi dan sebanyak 16 pasukan lelaki berentap untuk memenangi hadiah yang diberikan oleh pihak kelab.. Selain itu terdapat juga 5 pasukan wanita yang bermain secara round robin..

Pemenang bahagian lelaki adalah pasukan Yabedabedu yang pernah mewakili uniten dalam futsal Kosmo! Permainan cemerlang mereka dapat dilihat apabila mereka menumpaskan pasukan Dark Crow pada perlawanan akhir..

Tepat jam 4.30 petang pertandingan telah pun selamat dijalankan.. Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh tetamu kehormat Saudara Muhammad Afiq Durrani.