Archive for July, 2010

SKS Rocks!!!!

Posted: July 18, 2010 by Wawasan UNITEN in Wawasan

Assalamualaikum W.B.T.. Salam 1 Malaysia.. Salam Sahabat..

Alhamdulillah, selamat kita menjalankan program pertama kita untuk semester ini Suai Kenal Sensasi Siri II.. Tahniah kepada Sahabat Nik Hakimi dan exco-exco beliau kerana telah berjaya menganjurkan program ini untuk memperkenalkan Wawasan kepada ahli-ahli baru Wawasan..

Buat sahabat baru Wawasan, kami yakin dan percaya kamu telah dapat sedikit sebanyak tahu tentang kelab yang kita cintai ini.. Kami yakin kamu telah mengenali barisan kepimpinan Wawasan.. Selepas ini kami harap anda terus bersama dengan kelab dan dapat kita kukuhkan pendukung kelab Wawasan ini..

Tanpa anda kami tidak akan berada di sini.. Tanpa anda Wawasan tidak akan kuat.. Tanpa anda juga kami tidak mampu mengadakan program-program yang telah dirancang..Jadi, ayuh kita bangun bersama-sama tanpa mengenal pangkat atau darjat, kaya atau miskin untuk menjadikan kelab Wawasan satu kelab yang benar-benar hebat bukan sahaja di mata Uniten tetapi juga di mata universiti-universiti lain.. InsyaAllah..

Buat sahabat-sahabat baru yang tidak hadir semalam, tidak mengapa.. Kami tidak akan mengabaikan kamu.. Sertai kami dalam program-program yang lain kerana anda akan rasa yang mereka rasa semalam.. Percayalah..:p

Gambar-gambar program semalam akan dimasukkan tidak lama lagi.. Siapa-siapa yang nak boleh ambil dekat blog ini..sekian dari saya..

.

Memperkasa Bangsa, Menjunjung Agama, Menjulang Negara..

.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

.

Menegakkan Alif, Ba, Ta..

.

.

.

.

Muhammad Zulfahmi Nekmat

Exco Informasi III

0129735900

Tahniah Sahabat Wawasan!!!

Posted: July 15, 2010 by Wawasan UNITEN in Uncategorized

Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera kepada semua sahabat Wawasan yang lama serta yang baru.. Alhamdulillah kita sudah tamat Bazaar Kelab dan Persatuan dan untuk pengetahuan sahabat Kelab WAWASAN Uniten berjaya sekali lagi mendapat sahabat baru teramai iaitu seramai 520 orang..

Sungguh puas perasaan kami semua kerana titik peluh yang telah dijatuhkan terlalu banyak dan telah lama menitik jatuh dari kudrat kami.. Kami juga berjaya menutup mulut pihak-pihak yang mengata buruk tentang kelab WAWASAN.. Ingatlah wahai rakan-rakan, jangan cuba jatuhkan kelab WAWASAN kerana lagi kamu semua cuba menjatuhkan kami makin tinggi kami berdiri!!!!!

Kami bukan sosial, cuma kami rapat.. Sangat rapat bagaikan adik beradik yang berlainan ibu bapa namun berdiri di atas 1 kelab yang sangat teguh berdiri selama 8 tahun.. Itulah ikatan yang kami ada.. Kami miliki.. Siasat dulu sebelum berkata-kata tentang kelab kami.. Sertai kami baru boleh berkata tentang kelab kami.. Siapa kamu ingin mengutuk serta menjatuhkan WAWASAN?? Kamu ahli kelab kami?? Pernah kamu sertai aktiviti kami sehingga kamu cakap kami SOSIAL??????

Kami berharap jumlah ini akan kekal sampai bila-bila.. Setiap semester diharap warga dan sahabat Wawasan semakin bertambah.. Kepada pelapis-pelapis baru bekerjalah bersama kami kerana kami memerlukan anda untuk masa depan kita bersama.. Tidak rugi kamu bersama kami dan sama-sama cintakan kelab Wawasan..

Diharap berdirinya kuantiti seiring bersama kualiti.. Sama-sama lah kita MEMPERKASA BANGSA, MENJUNJUNG AGAMA, MENJULANG NEGARA..

Salam 1 Malaysia..

Menegakkan Alif  Ba Ta!

Wawasan BEST!!

Posted: July 7, 2010 by Wawasan UNITEN in Wawasan

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera kepada ahli-ahli Wawasan..

Ok hari ini kami nak memberitahu aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang sisa-sisa tampok pemerintahan ke-6 ini..Bukan menghalau tetapi itulah kenyataan..:))

Pertama sekali seperti yang kita tahu dan pelajar baru pun tahu ialah:

1) Bazaar Kelab dan Persatuan

Tarikh: 13-14 Julai 2010

Tempat: Medan Selara B (Upten)

Tema: Wawasan BEST!!!!!


2) Suai Kenal Sensasi Siri 2 (SKS2)

Tarikh: 17 Julai 2010 (Sabtu)

Tempat: Admin Theater

Objektif: Merapatkan serta memperkenalkan ahli-ahli yang baru kepada kelab Wawasan


3) Volunteer@Wawasan

Tarikh: 25 Julai 2010 (Ahad)

Tempat: Rumah Anak Yatim kawasan Bangi


4) Dinner@Wawasan

Tarikh: 31 Julai 2010 (Sabtu)

Tempat: Country Heights Kajang Club House

Bayaran: RM80 seorang

Tema: Masquerade (topeng!!!)


5) Kem Rekreasi Kenegaraan (KRK)

Tarikh: 6,7 dan 8 Ogos 2010

Tempat: TBC

Yuran: TBC


6) Annual General Meeting (AGM)

Tarikh: TBC

Tempat: TBC


Sekarang, kami tinggal enam lagi aktiviti yang akan dijalankan untuk kepimpinan kali ini.. Seperti yang anda semua dapat lihat yang pertama sekali akan tiba ialah Bazaar Kelab dan Persatuan.. Masa tu korang bolehlah bertanya apa sahaja persoalan tentang kelab Wawasan..Kami janji dengan hati kami, kami akan melayan anda dengan baik, adil dan saksama..

Wawasan BEST tu apa ye??? mesti korang tak tahu kan sebenarnya ada maksud tersembunyi dalam BEST tu..

B – Build Leadership

E – Enhanced Soft Skill

S – Serve to Community – Voluntary

T – Thrill and Fun


Jadi tunggu apa lagi..Come and join us!!!

Memperkasa Bangsa, Menjunjung Agama, Menjulang Negara.

Assalamualaikum W.B.T..Salam 1 Malaysia..

Muhammad Zulfahmi Nekmat

Exco Informasi III

0129735900

*TBC = To Be Confirm

Happy Birthday Wawasan!!!

Posted: July 5, 2010 by Wawasan UNITEN in Wawasan

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera kepada sahabat-sahabat Wawasan..Salam 1 Malaysia..

Sahabat sekalian..

Sedar tak sedar kelab kita dah masuk alam akil baligh dah..semakin meningkat dewasa dan semakin matang dalam membentuk seorang umat yang pada mulanya kurang yakin serta bermacam masalah lagi kepada seorang yang yakin serta tidak malu untuk bergaul dengan orang ramai..

Sahabat..

Masih ingatkah anda semua ketika anda mula-mula masuk Uniten ketika bazar kelab dan persatuan, akan ada seorang yang bersungguh-sungguh menarik anda untuk masuk, bukan kerana yuran atau ingin mendapatkan ahli paling ramai tetapi niat mereka adalah untuk membantu kita hidup di universiti yang penuh dengan onak dan ranjau ini..

Tengok lah dimana kita berada sekarang..Saya yakin anda semua telah berevolusi dari seorang yang pada dasarnya tidak mengenal Wawasan itu apa kepada seorang yang cintakan kelab Wawasan kita ini..

Sahabat,

Wawasan tidak pernah mahu bermusuh dengan kelab-kelab lain di Uniten..Kita menerima mereka sama seperti kita menerima ahli kelab kita sendiri..Buktikan pada mereka yang memandang serong kepada kita yang kita ini satu kelab yang menerima semua tidak mengira warna kulit, kelab apa, dan banyak lagi..Kita terima mereka dengan tangan terbuka kerana kita semakin matang dalam kancah ini..

Bukan niat saya ingin menimbulkan kontroversi..Tetapi cuma ingin membuka lembaran baru nilai persahabatan dengan kelab-kelab lain..Marilah kita bersama-sama menjadi satu gabungan yang kuat dan membuatkan hidup di Uniten tanpa ada perasaan HASAD..

Sahabat yang baru,

Kami tahu anda belum secara rasmi menyertai kami..Tetapi jika anda berminat kami alu-alukan dan kami sambut dengan senyuman dan tangan terbuka..Bukan wang anda yang kami mahu..Cuma kami mahu anda menjadi sebahagian daripada keluarga kami yang kukuh ikatan nya..Terus terang saya nyatakan bahawa tiada jurang antara ahli lama serta ahli baru malahan tiada jurang juga antara alumni serta sahabat Wawasan yang lain..

Sebelum saya menutup coretan pada kali ini saya sekali lagi ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR WAWASAN..Semoga kamu teguh berdiri hingga ke akhir hayat..

Memperkasa Bangsa, Menjunjung Agama, Menjulang Negara..

Salam 1 Malaysia..Salam 1 Perpaduan..

Assalamualaikum w.b.t..:))

Muhammad Zulfahmi Nekmat

Exco Informasi III

0129735900