Archive for August, 2010

Volunteer@Wawasan & Dinner@Wawasan

Posted: August 2, 2010 by Wawasan UNITEN in Wawasan

Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Malaysia.. Apa khabar sahabat-sahabat Wawasan sekalian.. Seperti yang sahabat-sahabat tahu Wawasan sekali lagi telah berjaya membuat program di luar Uniten.. Sebagai contohnya program volunteer yang di kepalai oleh saudara Abdullah Faisal yang telah berlangsung di Rumah Nur Hikmah Kajang.. Tempat yang menempatkan lebih kurang 55 orang anak-anak kecil yang telah kehilangan ibu bapa ini menyambut kami dengan tangan yang terbuka.. Alhamdulillah, program ini berjaya dan sekali lagi mengharumkan nama Wawasan yang turut membawa nama Uniten..

Program yang biasanya diadakan untuk meraikan sahabat-sahabat Wawasan untuk setiap tahun adalah Dinner@Wawasan.. Bertemakan masquerade, kami telah menerima banyak penyertaan bukan saja dari ahli lama, malahan juga ahli-ahli baru Wawasan juga.. Tidak dilupakan, sahabat Alumni kelab Wawasan yang sudi hadir dan menyokong program tersebut..

Dinner telah diadakan di Country Heights Kajang yang telah memberi kerjasama kepada kelab dengan sungguh baik.. Mereka memberikan perkhidmatan yang amat cemerlang sekali.. Terima Kasih Country Heights Resort Kajang..

Sekian sahaja daripada saya melaporkan untuk kelab Wawasan..

Memperkasa Bangsa, Menjunjung Agama, Memperkasa Negara..

Advertisements