Archive for October, 2012

Wawasan Dinner Charity 2012

Posted: October 18, 2012 by Wawasan UNITEN in Wawasan

Date : 10th November 2012 ( Saturday)
Time : 8.30 – 11pm
Venue : Denai Alam Recreational Club (DARC).

No 1, Jalan Elektron U16/100 Seksyen 16 Denai Alam 40160 Shah Alam Selangor.
Theme : Cowboy
Fee : RM 60

Activities : Surprise! 

Dinner Wawasan kembali lagi! 

Bersempena ulang tahun Kelab Wawasan yang ke 10, kepimpinan kali ini akan mengadakan sedikit kelainan dengan mengadakan charity dinner untuk Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah Kuala Lumpur. (http://pjalhidayah.wordpress.com/

Untuk itu, selain kita menyambut ulang tahun kelab yang ke 10 di samping merapatkan ukhwah antara ahli baru dan ahli lama terutamanya yang banyak membantu menaikkan wawasan sejak awal kepimpinan lagi (alumni), kita juga dapat melakukan amal kebajikan. 

Untuk memberi sumbangan, booth akan di buka di COE & COIT. Anda semua boleh la menderma barangan terpakai seperti buku dan baju selain kewangan. Bagi yang sudah bergraduasi dan bekerja, dan ingin memberi sumbangan, anda boleh menghubungi committee kelab melalui nombor yang disediakan. 

Untuk makluman, dinner kali ini akan diadakan secara outdoor. 10% daripada yuran akan di dermakan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah Kuala Lumpur.

Cepat tekan Join! Ini lah masanya untuk merapatkan hubungan sesama ahli baru dan lama disamping melakukan amal kebajikan 🙂

Contact Person :

Mia – 0132644062
Nur Syaza Ghani – 0122489349
Yus – 0192125477
Adi – 0182615624

 

Image

 

Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah Kuala Lumpur

Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah Kuala Lumpur adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966, dengan nombor pendaftaran 3883-11-WKL.

Pertubuhan ini diasaskan pada 1 November 2005 bertindak sebagai badan mengumpul dan mengurus dana perbelanjaan untuk anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, anak-anak ibu tunggal, anak-anak mualaf dan fisabilillah yang bernaung di bawah Pusat Jagaan Al-Hidayah.

Dana pembiayaaan ini merangkumi kos sewa dan penyelenggaraan rumah, pembiayaan pendidikan, kos makan minum dan lain-lain keperluan asas.

Semasa mula dibuka, Pusat Jagaan Al-Hidayah (PJAH) telah menerima 23 orang anak-anak fakir miskin dan anak-anak ibu tunggal untuk bernaung di bawah jagaannya. Sehingga kini, PJAH membiayai hampir seramai 65 orang anak-anak yang kurang bernasib baik. Seramai 35 orang daripada mereka tinggal dan menetap di rumah PJAH.

Anak-anak yang bernaung di bawah PJAH ini diberi tempat perlindungan dan pendidikan berterusan. Mereka ditempatkan di dua buah rumah sewa yang berasingan sebagai asrama putera dan asrama puteri.

Asrama putera beralamat di No. 2, Lorong Kiri 3, Jalan Keramat, 54000 Kuala Lumpur. Kini, menempatkan seramai 15 orang anak-anak lelaki.

Asrama puteri pula beralamat di No. 20, Jalan Gurney 2, 54000 Kuala Lumpur. Kini, menempatkan seramai 11 orang anak-anak perempuan.

Bagi kanak-kanak di bawah umur 10 tahun seramai 10 orang, mereka akan ditempatkan di sebuah rumah wakaf terletak di Sungai Buloh, Selangor.

 

Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web http://pjalhidayah.wordpress.com.

 

COWBOY THEME COSTUME SUGGESTIONS