Archive for January, 2013

Annual General Meeting Wawasan 2012

Posted: January 5, 2013 by Wawasan UNITEN in Wawasan

Pada 13 Disember 2012, Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Wawasan telah diadakan bertempat di Teater BV, Uniten yang bermula pada pukul 8 malam sehingga pukul 10 malam. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk membuat pemilihan bagi sesi kepimpinan yang baru untuk memegang tampuk kepimpinan kelab yang ternama di Uniten ini.

Mesyuarat ini dimulakan dengan pemilihan daripada jawatan yang rendah sehingga yang paling tinggi. Calon – calon bagi setiap jawatan yang dipertandingkan perlu membentangkan manifesto – manifesto yang ada bagi memastikan para hadirin yakin dan lebih mudah untuk mengundi. Jawatan yang dipertandingkan adalah exco latihan dan kepimpinan, exco perhubungan dan pengantara, exco teknikal dan logistik, exco informasi dan publisiti dan akhir sekali ialah STTK.  Pemilihan ini adalah berdasarkan bilangan undian daripada hadirin yang hadir ketika mesyuarat ini berlangsung. Selepas itu, jawatan untuk majlis pengurusan dan majlis tertinggi diteruskan. Pemilihan bagi jawatan – jawatan ini juga berdasarkan undian daripada dewan. 

Undian dikira sejurus selepas semua bersetuju untuk menutup undian. Keputusan undian diumumkan dan ini menandakan ahli kepimpinan kelab ini bagi sesi 2011/2012 telah berakhir. Semua ahli kepimpinan yang baru telah diberi port folio masing masing yang merangkumi skop kerja bagi jawatan masing –  masing.

Akhir sekali, mesyuarat ini ditangguhkan dengan jamuan ringan di luar dewan bagi meraikan ahli – ahli baru kepimpinan kelab ini. Anda semua boleh melihat ahli kepimpinan yang baru di ruangan High Committee Member di dalam blog ini.

Sekian, terima kasih.

Advertisements