Archive for February, 2013

Minggu Persediaan Program

Posted: February 4, 2013 by Wawasan UNITEN in Wawasan

Pada 25 Januari 2013 sehingga 27 Januari 2013, Kelab Wawasan telah mengadakan Minggu Persediaan Program (MPP). Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk menyusun semua program yang akan diadakan sepanjang tahun ini bagi menaikkan kembali kelab ini.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada semua alumni – alumni Kelab Wawasan yang tidak pernah putus memberikan bantuan dan semangat kepada barisan kepimpinan baru kelab demi membangunkan kembali kelab ini seperti di era kegemilangannya. Pada program ini, semua Ketua Program perlu membentangkan bajet program masing – masing di hadapan wakil Hal Ehwal Pelajar. Oleh sebab itu, semua ketua telah melantik ahli jawatankuasa program masing – masing bagi memikirkan bagaimanakah program tersebut perlu dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan. Antara program yang bakal diadakan oleh Kelab Wawasan ialah Bazar Kelab & Persatuan yang diikuti dengan Minggu Suai Kenal, Akademi Fasilitator dan sebagainya.

Diharapkan semua ahli kepimpinan Kelab Wawasan dapat memanfaatkan segala input yang ada semasa Minggu Persediaan Program ini berlangsung dan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh di dalam kehidupan seharian dan juga pembelajaran.

MIR_7769

MIR_7770

MIR_7781

MIR_7792

MIR_7804

MIR_7806

MIR_7805

MIR_7816

MIR_7819

MIR_7866

MIR_7882

MIR_7883

MIR_7932

MIR_7955

MIR_7951

MIR_7959

MIR_7983

MIR_7988

MIR_7991

MIR_8012

MIR_8022

MIR_8019