Tentang Wawasan

Kelab WAWASAN adalah perintis daripada gabungan mahasiswa yang mendokong perjuangan aktiviti pelajar ke arah kesukarelawan pembanggunan agama, bangsa dan negara.

Ianya dibentuk dengan berlatar-belakangkan kepada teknik perlaksanaan fasilitator dan modul daripada Biro Tatanegara, (BTN) Jabatan Perdana Menteri.

Objektif penubuhannya adalah untuk menyediakan ruang bagi mahasiswa untuk berkhidmat dan berbakti kepada masyarakat. Kelab WAWASAN di Universiti Tenaga Nasional dibuka ekoran daripada keberkesanan Program Kem Bina Negara Asas (KBNA) 22 Oktober 2000.

Kelab WAWASAN Universiti Tenaga Nasional adalah medium gerakan pelajar yang diusahakan oleh Zul Izwan B. Mohd Taher dan Mohd Nuwairi B. Hj. Karim dengan membentuk organisasi asas penubuhan pada 1 Jun 2001.

Kelab WAWASAN Uniten secara rasmi ditubuhkan di Universiti Tenaga Nasional pada tanggal 2 Julai 2002. Pada tahun kedua , Kelab WAWASAN telah melebarkan sayap untuk membuat perkongsian bistari dengan Sahabat Mahasiswa Biro Tatanegara di bawah kelolaan En. Haslizar B. Rozally sebagai satu lagi platform bagi mempelajari pelbagai perlaksanaan modul.

Selain daripda itu, Kelab WAWASAN telah diberi kepercayaan daripada pihak Hal Ehwal Pelajar Uniten (HEP) untuk mengendalikan Biro Program Minggu Orientasi iaitu sebagai modurator kepada semua modul dan perlaksanaan Minggu Orientasi Pelajar bagi setiap pengambilan di universiti.

Sehingga hari ini, Kelab WAWASAN telah mengumpulkan keahlian keseluruhan yang mencecah lebih daripada 1000 orang. Ini membuktikan bahawa, ideologi ‘Sahabat’ , ‘Organisasi’ dan ‘Masyarakat’ telah mengangkat kekuatannya untuk ia menjadi antara kelab yang disegani dan dihormati.

Advertisements
Comments
  1. Akmal Saufi Mohamed Khaled says:

    Salam Sahabat Seperjuangan.

    Kami Kelab WAWASAN Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) sangat teruja dan bangga untuk masih melihat masih ada lagi Kelab WAWASAN yang bergiat aktif di universiti-universiti seluruh negara.

    Oleh itu, saya mewakili Kelab WAWASAN UIAM ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada sahabat-sahabat. Semoga kita dapat bertemu segera dan menguatkan kembali ukhwah yang telah dibina oleh generasi terdahulu.

    Memperkasa Bangsa, Menjunjung Agama, Menjulang Negara

    AKMAL SAUFI MOHAMED KHALED
    Presiden
    KELAB WAWASAN
    UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

    No. Tel: +6012 282 5848
    E-mail : akmalsaufi@gmail.com

    • fahmienekmat says:

      Salam Sahabat..

      Terima kasih kerana sudi melawat blog kami.. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerna kita masih berpeluang untuk mengenali sahabat-sahabat Wawasan daripada universiti-universiti lain.. InsyaAllah jika ada kesempatan marilah kita sama-sama berkumpul untuk membincangkan masalah-masalah serta dapat berkongsi pendapat bersama..

      Memperkasa Bangsa, Menjunjung Agama, Menjulang Negara

      Salam.

  2. Ahmad Akid says:

    Salam Sahabat

    Terima Kasih diatas maklum balas pihak saudara.
    InsyaAllah jika ada kelapangan , kami akan usahakan kearah itu.

    Jika terdapat sebarang web atau facebook yang boleh kami lawati untuk mengenal lebih lanjut tentang Kelab Wawasan UIAM, kami alu alukan untuk ditinggalkan di laman ini.

    Memperkasa Bangsa , Menjunjung Agama , Menjulang Negara.

    Ahmad Akid
    Exco Informasi II
    Kelab Wawasan Uniten

  3. Nor Fazliza says:

    Salam,

    Saya dari Pusat Pengurusan Kualiti UNITEN ingin memohon senarai aktiviti yang dijalankan bersama dengan tarikhnya oleh Kelab Wawasan sepanjang tahun 2010/2011. Ia akan dimasukkan dalam repot kami.

    Harap dapat emailkan kepada saya segera di norfazliza@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s